LUV ISLAM

 assalamualaikum....

 MEMBURU KEMANISAN IMAN


     Apabila manusia tidak kenal ALLAH, manusia tdk akn mencintai-Nya. Apabila manusia tdk kenal ALLAH, manusia tdk akn takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kpd ALLAH itu sumber segala kebaikan. Tanpa cinta ALLAH, tdk ada cinta sesama manusia.

     Orang yg mencintai ALLAH akan lunak, mesra dan sayang kpd sesama manusia. Ini kerana ALLAH menyuruhnya berbuat demikian . Iman kpd ALLAH adalah asas dlm berkasih sayang. Rasulullah s.a.w mengingatkan, tdk sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Iman dan kasih sayang itu bagaikan irama dan lagu, kedua-duanya tdk dpt dipisahkan. Teguh iman, kukuhlah persaudaraan.

     Tidak dianggap baik seseorang dgn ALLAH melainkan melalui kebaikan sesama manusia.Memberi salam kpd orang lain mengundang kesejahteraan dpd ALLAH. Menziarahi saudara kita akn dilimpahi kasih sayang dpd ALLAH. Membantu menyelesaikan mslh seseorang, ALLAH janjikan utk menyelesaikan mslh kita. Tdk ada dikotomi antara hubungan ALLAH dgn hubungan sesama manusia. Kedua-duanya saling berkaitan dan sinonim antara satu sama lain.  

     Lalu, apabila kes buang bayi, penderaan kanak2 dan penceraian berleluasa dlm msykt kini, apalagi puncanya kalu bkn kerana manusia tdk kenal ALLAH. Tidak kenal ALLAH mybbkan kita tdk cinta ALLAH. Dan apabila tdk cintakan ALLAH, maka lunturlah kasih sayang terhadap manusia. Itulah punca berleluasanya penderaan.

     Padahal islam menekankan kasih sayang bkn shja kpd manusia, malah kpd tumbuhan dan haiwan. Dalam ibadah haji, kita dilarang merosakkan pokok. Sewaktu berperang, tentera islam dilarang menebang pokok yg berbuah.Hutan jgn dipugar dgn mengetepikan kelestarian alam, itu haram. Itu kasih sayang kpd tumbuhan.

     Manakala pd haiwan pula, Rasulullah s.a.w pernah bersabda berkenaan seseorang yg dimurkai ALLAH kerana mengurung kucingnya tanpa diberikan makanan. Pisau utk menyembelih binatang pun perlu dipastikan betul2 tajam terlebih dahulu. Dan Nabi Muhammad sgt melarang umatnya menyeksa binatang. Unta dan keldai jgn dibebani bebanan yg berat shgga melebihi kemampuannya utk menanggung.

     Orang yg cintakan ALLAH akn mencinta makhluk-Nya. Orang yg mencintai makhluk di bumi, akan dicintai makhluk di langit. Dan begitulah sebaliknya. Jika seseorang itu tdk cintakan ALLAH, dia akn membenci makhluk-Nya. Apabila dia membenci apa yg ada di bumi, dia akn dikutuk oleh apa yg ada di langit.

     Mengapa ada manusia yg sggup mendera bayi dan kanak2 kecil, sedangkan harimau yg ganas itu pun tdk mendera anaknya. Apabila manusia tdk kenal ALLAH, manusia akan jd lebih ganas daripada haiwan.

     Marilah memburu kemanisan iman,..jika tdk, kita akan diburu kemusnahan....Inilah peringatan utk kita semua. Prof.Izzi ckp Renung2kan dan selamat beramal....

wassalamualaikum..lots of love;   ^__^