Wednesday, December 21, 2011

masa silam yang KELAM..

assalamualaikum...


.....Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk dijadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.


Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud  merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.


Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.




that's all....wassalamualaikum....


lots of LOVE, ^___^

Saturday, December 10, 2011

weddin' AFIFAH & ASRUL ^^

assalamualaikum....

baru2 ni p wedding my bestie..IFAH...c' pilihan hati' ASRUL...
kompang dipalu...pengantin baru...duduk bersanding tersipu malu.......kami doakan..agar berkekalan....

pelamin^^

>afifah & asrul<





^^ wif my BF~









ingtkn kak ema xmai...upenye mai lewat gak....kak ema mai with husband laaa...jom...layann....









semoga ifah & husband kekal bahagia hingga akhir hayat..amin...

thanks my LOVE...mmmuuuaaahhhhhhh........

ok...thats all...
wassalamualaikum...

lots of LOVE,

^__^






Friday, December 9, 2011

my..my..my CONVOCATION +__+

assalamualaikum...

emm..ni nk citer pasai konvo aritu yg diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta(KSKB)..pd 09122011....
mase konvo hepi sgt2..sbb..ma, ayah dapat mai..tq kak jan c' abg anol cz bw ma, ayah...
mama, abah, adik...
&&&
xlupe juge pd org yg tersyg...BF...lots of LOVE ^^..















  
  +_+

and byk ag gmbaq...ble line dak ok bru leh upload....huhu...

ok, thats all...wassalamualaikum..
lots of LOVE,
^___^

Friday, December 2, 2011

19 hadis Rasulullah SAW mengenai WANITA

assalamualaikum semua...


nk tawu tak???pe yg ditulis dalam hadis Rasulullah SAW mengenai wanita.....


  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w..,''Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia''.
  2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibu melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakkan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  7. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T.., dan orang yang takutkan Allah S.W.T.., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Sesiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan Nabi Ismail.
  9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
    (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata,''Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?'' Jawab Rasulullah s.a.w.., ''Suaminya''. ''Siapa pula berhak terhadap lelaki?'' Jawab Rasulullah s.a.w, '' Ibunya''.
  13. Apabila engkau dipanggil oleh dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama-mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a..,''Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.''

ok...da tau kan!!!!!!..that's all....wassalamualaikum.....


lots of love....^___^

butir2 MUTI8R8 HIKM8H...berkata IBNU MAS'UD R.A

assalamualaikum.....untuk renungan bt kita semua pd ptg jumaat ni...


Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNya!! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh ALLAH nanti sebagai ulama kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama. Sesungguhnya tidak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar.


Akan datang kepada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang mempelajari ilmu tak dapat mengambil manfaat dari ilmunya. Maka hati orang-orang yang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah sumber-sumber hikmah dan dipadamkanlah lampu petunjuk dari hati mereka. Maka akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu antara mereka itu, ketika engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah dengan lisannya,  sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana guru mengajar bukan kerana Allah dan para pelajar belajar bukan kerana Allah.


Bukanlah ilmu itu satu kemahiran bercerita tetapi ilmu itu (menimbulkan) takwa kepada Tuhan.


Al-Quran diturunkan untuk diamalkan. Maka ikutlah pelajaran dengan amalan. Akan datang suatu kaum yang membersihkan Al-Quran seperti membersihkan solekan. Mereka tidak termasuk orang-orang yang baik. Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya adalah seumpama orang sakit yang menerangkan tentang ubat dan orang lapar yang menerangkan tentang kelazatan makanan sedang makanan yang dimilikinya.


Orang yang memberi fatwa kepada manusia mengenai tiap-tiap persoalan yang dimintakan  kepada mereka fatwanya adalah orang gila. (Dan seterusnya beliau berkata): Benteng orang alim ialah  ''laa adri'' (saya tidak tahu). Jika ia meruntuhkan benteng itu, nescaya telah mendapat bencana tempat-tempat ia berperang.


Petunjuk yang baik pada akhir zaman adalah lebih baik daripada banyak amal perbuatan. (Dan berkata Ibnu Mas'ud r.a pada tempat yang lain): Kamu sekarang berada pada suatu masa dimana orang-orang baik antaramu, segera melakukan segala pekerjaan. Lalu akan datang sesudahmu nanti suatu masa, dimana orang-orang baik antara mereka bersikap teguh lagi berhati-hati dalam mengerjakan sesuatu kerana banyaknya perbuatan syubhah (yang diragu halal haramnya).


Kamu sekarang berada dalam suatu zaman di mana hawa nafsu mengikut ilmu. Dan akan datang kepadamu nanti suatu zaman dimana ilmu mengikut hawa nafsu.
Apabila seseorang meminta-minta dalam masjid, maka mustahak tidak diberi. Dan apabila ia meminta-minta dengan membaca al-Quran, janganlah engkau beri.


Bahawa seorang lelaki telah beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Kemudian dia melakukan perbuatan keji, maka binasalah amalannya. kemudian dia melawati seorang miskin dan meyedekahkannya sepotong roti. Maka diampuni oleh Allah dosanya & dikembalikan kepadanya (pahala) amalannya selama 70 tahun itu.


Aku peringatkan kamu daripada berlebih-lebih dalam berkata-kata. Cukuplah bagi seorang manusia sekadar menyampaikan hajat.


Tiada suatu hari pun melainkan di dalamnya malaikat berseru: Hai anak Adam ! Yang sedikit tapi memadai bagimu, lebih baik daripada yang banyak tapi menganiaya kamu.


 Hendaklah kamu menjadi air mata ilmu, lampu petunjuk, banyak berdiam di rumah, pelita malam, sunyi hati dari selain Allah, memakai pakaian dari kain buruk, terkenal di kalangan penduduk langit dan tersembunyi di kalangan penduduk bumi.


Merupakan dosa bagi seseorang apabila dikatakan kepadanya bertakwalah kepada Allah! Lalu ia menjawab : jagalah dirimu sendiri.


Akan datang suatu kaum yang meninggikan tanah liat dan merendahkan agama. Mereka mengenderai kuda Romawi, mengerjakan sembahyang menghadap kiblatmu, dan mati tidak dalam agamamu.


Dunia adalah kerisauan dan duka cita. Apabila terdapat kesenangan di dalamnya, maka itu bererti keuntungannya.


Dua rakaat solat yang dilakukan oleh seorang alim (berilmu) yang mengerti dan ikhlas ( tidak rakus kepada dunia), lebih baik daripada ibadah para ahli ibadah sepanjang masa.


Seorang mukmin melihat dosanya sebagai bukti yang akab merobohinya, sedang seorang munafiq melihat dosanya sebagai lalat yang akan menghinggapi hujung hidungnya, dan kemudian diusir dengan tangannya.


Syaitan pada diri orang mukmin bertubuh kurus-kurus.
Allah swt membenci seorang pembaca (al-Quran) yang bertubuh gemuk.


Apabila kalian menginginkan ilmu pengetahuan, maka selidiklah al-Quran, sebab di dalamnya termuat ilmu-ilmu orang-orang yang terdahulu dan terkemudian.


Al-Quran diturunkan untuk diamalkan isinya. Sesungguhnya ada diantara kalian seseorang yang membaca al-Quran dari permulaan sampai penghabisan tanpa meninggalkan satu huruf pun tetapi abai mengamalkan kandungannya.
Saya benar-benar benci melihat orang yang hanya menganggur saja, dan tidak berusaha untuk memenuhi kepentingan keduniaan mahupun keakhiratannya.


Pada akhir zaman akan banyak sekali orang yang menyelenggarakan ibadah haji tanpa sebab. Mereka melakukannya dengan perasaan ringan dan sama sekali tanpa kesukaran. Mereka sangat luas rezekinya dan berlimpah ruah hartanya. Tetapi mereka kembali tanpa membawa pahala, tertutup dari rahmat Allah serta terampas semua ganjarannya. Untanya melintasi padang pasir, sedang tetangganya yang mengikat perutnya krna sgt kelaparan, tidak dihiraukan, apalagi ditolongnya.

Diantara kata-kata bersayapnya ialah:

Sebaik- baik kaya ialah kaya hati;
Sebaik-baik bekal ialah takwa;
Seburuk-buruk buta ialah buta hati;
Sebesar-besar dosa ialah berdusta;
Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba;
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim;
Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah;
Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah....


~sama2 kita menghayati dan renung2kan...

wassalamualaikum...

that's all..

lots of love,
^__^

novemBER....decemBER.....

assalamualaikum....

xde pe nk nulis kt lam belog nie....hee...
nk ucap selamat tinggal bulan november...mish.=)
and selamat datang bulan december....'',
and muharam dlm bulan islam....


pg ni...ma msk nasi minyakk....bessttt...^^...>jgn jealous ya!!!!hahhhahaa....




that's all...   lots of love....^___^

wassalamualaikum...

Thursday, December 1, 2011

IstiGhFaR KepaDa ALLAH~

assalamualaikum semua...pe citer arini? sihat??arap2 semua sihat...alhamdulillah...sy jela yg masih xsihat(sambil duk taip sambil meleleh air keluar dr idung nie~)...hari ni sy nk kongsi ttg istighfar kpd ALLAH..=)..


Istighfar, kalimat yg pendek, tp memiliki makna yg sangat dasyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna.


Pertama, setiap kali mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta ampun kepada ALLAH, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib2 kita. Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan, dan aib2. Kerana ALLAH sangat menyukai hamba ALLAH yg terus beristighfar. Kerana tidak satu pun diantara kita yg bersih dpd dosa, maka beristighfar adlh kewajipan dan keperluan kita, agar ALLAH mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.


Kedua, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bereti kita minta kpd ALLAH, mohon kpd ALLAH, amat sangat, agar ALLAH memperbaiki hidup kita, membuat kita nikmat dlm ibadah khusyuk, menjdkan akhlak kita mulia.


Subhanallah. Satu ucapan ttp memiliki dua keinginan. Kerana itu tdk hairan hamba ALLAH yg sungguh2 beristighfar tampak dlm kehidupannya, semakin berkat, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, dan menyenangkan,didunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,"Barangsiapa yg membiasakan dan selalu beristighfar kpd ALLAH, maka ALLAH mudahkan saat ia sulit, ALLAH gembirakan saat ia sedih dan ALLAH beri rezeki dr jln yg tdk pernah ia duga."


Kemudian, dlm al-Quran surah Nuh ayat 10,11,12, ALLAH s.w.t berfirman, maksudnya "Beristighfarlah kpd Tuhanmu, sesungguhnya Dia adlh Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kpdmu dgn lebat, dan membanyakkan harta dan anak2mu dan mengadakan utkmu kebun2 dan mengadakan (pula didlmnya) utkmu sungai2".


Beristighfarlah kita kpd ALLAH, nescaya ALLAH turunkan musim hujan yg berat. ALLAH mudahkan kita mndptkan rezeki. ALLAH hadirkan utk anak2 kita, generasi2 yg soleh, generasi robbani. Kemudian ALLAH makmurkan negeri kita, ALLAH sejahterakan kita. AllahuAkbar.


Jadi, istighfar bukan hanya kewajipan, tp kewajipan kita. Kerana itulah Rasulullah s.a.w beliau tdk bangun dr tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dlm hadis lain 100 kali. Walaupun dia maksum, dijamin masuk syurga, bebas dpd dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kpd ALLAH. Apalagi kita yang banyak dosa.


diharap kita semua dpt menghayatinya....
ok..that's all...

wassalamualaikum...lots of love,   ^___^