Thursday, January 19, 2012

101 Perancangan Sempurna Bakal Ratu Sehari

assalamualaikum...

pe habaq uollss????..emm terase da lame x MENGUPDATE belog ini kan...now busy with my job..anyway,..byk yg kna belajaq..bile da time cuti inilah kerjanya..ahakss..
arini mood nk nulis about persiapan owg kawen..tp empunya bdn xthu ble ag...nk tau x ape perancangan untuk bakal ratu sehari???..ok...

6-12 BULAN SEBELUM MAJLIS

  1. Tetapkan hari dan tarikh perkahwinan anda.
  2. Pastikan tarikh yg di pilih  tdk bercanggah dgn mana-mana agenda keluarga lain.
  3. Tentukan bajet serta anggaran kos perbelanjaan perkahwinan.
  4. Kongsi simpanan utk mempercepatkan serta menggandakan simpanan.
  5. Sediakan 'checklist' perkahwinan anda supaya perancangan berjalan dgn lancar.
  6. Lantik seseorang yg anda percayai utk bersama-sama dlm proses perancangan majlis anda.
  7. Tetapkan tema perkahwinan yg diinginkan mengikut minat dan kesesuaian.
  8. Tentukan jumlah tetamu yg akan diundang.
  9. Tempah segera tempat utk mengadakan resepsi perkahwinan.
  10. Buat pemilihan katering dan menu utk hari langsung.
  11. Sediakan daftar utk menganggarkan bilangan tempahan kad.
  12. Pilihlah pengapit wanita dan lelaki yg bertanggungjawab sebagai PA anda hari langsung.
  13. Temui dan kunjungi pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih busana pengantin.
  14. Jangan lupa menjaga adab dan pantang larang sebelum hari penting anda..semuanya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya.
  15. Mula menjaga pemakanan untuk menjamin tubuh yg sihat di waktu persandingan.
  16. Kurangkan aktiviti sosial.
  17. Mula mengurangkan belanja seharian, usah boros dan mula menabung.
  18. Rancang percutian bulan madu anda, lakukan tempahan tempat, tiket serta kenderaan.
4-5 BULAN SEBELUM MAJLIS

  1. Tempah waktu dan tempat pernikahan beserta jurunikah.
  2.  Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan akan harga dan reka bentuk kad yg diinginkan.
  3. Bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat  mak andam kegemaran.
  4. Membuat pilihan tema warna busana serta bunga tangan mengikut kesesuaian.
  5. Menempah pakaian pengantin.
  6. Beli atau sewa busana untuk pengapit pengantin.
  7. Mula tetapkan dekorasi ruang majlis mengikut tema.
  8. Mula tetapkan dekorasi pelamin mengikut kesesuaian tema serta pakaian.
  9. Memberitahu seluruh ahli keluarga tema pakaian.
  10. Tempah dan hubungi jurufoto serta juruvideo.
  11. Membuat tempahan awal kenderaan pengantin jika perlu.
  12. Tempah dan buat pemilihan kek pengantin.
  13. Tetapkan pengerusi majlis yang boleh menghangatkan majlis.
  14. Tempah PA sistem bg memainkan lagu-lagu pilihan anda.
  15. Lantik DJ yg boleh memainkan lagu mengikut kehendak pengantin.
  16. Tempah kumpulan pemain kompang.
  17. Jika berkemampuan, anda jemputlah kumpulan Gamelan atau Caklempong utk menyerikan majlis.
  18. Mungkin juga menarik dengan menjemput penari kebudayaan atau tetamu jemputan.
  19. Menempah cincin kahwin untuk majlis nikah.
  20. Mula membeli barang hantaran satu persatu.
  21. Lakukan diet atau senaman utk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
  22. Semak destinasi bulan madu pilihan.
  23. Pastikan tempahan sudah disiapkan.
2-3 BULAN SEBELUM MAJLIS

  1. Daftar kursus kahwin bersama pasangan.
  2. Mendaftar di pejabat kadi. Isi borang permohonan dan sediakan segala dokumen.
  3. Sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja.
  4. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda.
  5. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.
  6. Lakukan medicak check up seperti ujian HIV.
  7. Mohon cuti sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal.
  8. Maklumkan tentang perancangan perkahwinan itu kepada ketua anda.
  9. Siapkan semua kerjaa di pejabat yang telah dimulakan.
  10. Agar tiada pihak yang rasa terbeban sementara anda bergembira membuat persiapan.
  11. Pastikan segala urusan di tempat bulan madu sudah selesai.(buat pasport jika perlu).
  12. Hubungi pereka pakaian pengantin anda untuk fitting.
  13. Persiapkan segala barang hantaran, lantik seseorang untuk persiapkan dulang hantaran.
6-8 MINGGU SEBELUM MAJLIS

  1. Semak semula senarai tetamu.
  2. Tulis dan atur pengiriman kad undangan kahwin.
  3. Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah.
  4. Tetapkan menu makanan dengan pihak katering.
  5. Adakan sesi percubaan makanan.
  6. Mula menyiapkan cenderahati buat tetamu.
  7. Lakukan make-up trial dan dandanan rambut bersama mak andam pilihan anda.
  8. Mula membeli kasut dan aksesori tambahan.
  9. Susun dan garap muzik pilihan yang bakal didendangkan semasa majlis berlangsung.
  10. Buat satu temujanji bersama pengacara majlis untuk membincangkan perjalanan majlis itu nanti.
  11. Diskusi juga harus diadakan bersama DJ serta pihak pengurus PA sistem, agar perjalanan majlis mengikut kehendak pengantin.
  12. Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
  13. Sediakan jadual perjalanan majlis bagi memudahkan orang yang terlibat.
  14. Membuat jadual penerimaan beserta checklist bagi memudahkan proses penghantaran daripada segala tempahan:- kek, khemah, bunga-bungaan, cenderahati, hantaran, hiasan pelamin dan lain-lain.
4-5 MINGGU SEBELUM MAJLIS

  1. Kad jemputan kahwin mula diedarkan.
  2. Ambil pesanan cincin kahwin.
  3. Mula memesan traveller cheque/ mata wang asing untuk berbulan madu.
  4. Orang-orang yang bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan majlis mula agresif dalam proses terakhir.
  5. Membuat semakan checklist untuk memastikan semua sudah ditempah dan dilakukan.
  6. Bertemu dan berbincang bersama jurufoto majlis anda tentang konsep serta gambaran majlis yang anda mahukan didalam gambar kenangan anda nanti!!
  7. Tidak ketinggalan, pastikan juruvideo juga tahu akan perjalanan majlis serta tetamu mana yang anda mahukan berada di dalam rakaman video itu nanti.
  8. Pastikan dulang hantaran telah siap mengikut warna tema yang telah ditetapkan.
 2-3 MINGGU SEBELUM MAJLIS

  1. Jadual acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting semasa majlis.
  2. Kemaskini jumlah tetamu yang diundang kepada pihak hotel atau katering.
  3. Tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, jurufoto, dekorasi, kek, band music dan lainnya.
  4. Sediakan susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi atau dewan serta lain-lain supaya kelihatan tersusun.
  5. Mencuba busana pengantin lengkap dengan aksesorinya.
  6. Periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya, bila ada yang harus disempurnakan.
  7. Pastikan juga pakaian tema untuk pengapit lelaki dan wanita agar selari dengan konsep persandingan anda nanti.
  8. Biasakan menggunakan kasut yang akan digunakan pada hari pernikahan agar terasa lebih selesa.
  9. Siapkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah mertua.
  10. Lakukan urutan badan serta spa untukmenaikkan seri pengantin.
  11. Tidak ketinggalan, lakukan rawatan rambut agar kelihatan kemas, menarik serta mudah diuruskan di hari persandingan anda.
  12. Rawatan muka juga perlu agar muka tidak kelihatan lesu dihari langsung.
  13. Jangan lupa, jalani rawatan manicure dan pedicure.
1 MINGGU SEBELUM MAJLIS

  1. Berehat dan yakinkan diri dan pasangan anda semuanya akan beres.
  2. Pastikan semua perkara berjalan lancar.
  3. Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
  4. Kumpulkan segala hantaran.
  5. Mula berkemas untuk berbulan madu, lengkapi dan beli keperluan yang penting.
  6. Pastikan sekali lagi semua pesanan yang telah dilakukan, sekadar untuk mengingatkan.
  7. Bila tiba sehari sebelum hari langsung, lantik seorang pengukir inai untuk melukis inai di jari jemari bakal kedua mempelai.
HARI PERKAHWINAN
 
  1. Kosongkan fikiran serta nikmati masa untuk bersendiri sebelum upacara akad diadakan.
  2. Bagi yang beragama islam, eloklah sekiranya majlis khatam al-Quran diadakan di waktu pagi sebelum upacara pernikahan berlangsung.
  3. Jangan terlalu memikirkan tentang perjalanan majlis kerana ada orang yang bertanggungjawab.
  4. Bertenang dan ukir senyuman sewaktu pernikahan.
  5. Semasa acara resepsi luangkan sedikit masa untuk bertegur sapa serta mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

    ok,thats all....wassalamualaikum....


    lots of LOVE, +__+

      Sunday, January 1, 2012

      Me!!!!!!!!!

      assalamualaikum...

      Jangan engkau fikir, aku seorang yang kuat agama,
      Jangan engkau fikir, aku seorang yang bersih dari dosa,
      Jangan engkau hukum aku tanpa periksa,
      Tetapi...
      Kenalilah aku sebelum menghina...
      Kerana...
      Aku bukan seperti yang engkau fikirkan,
      Aku bukan seperti yang engkau ingatkan,
      Aku bukan seperti yang engkau bayangkan,
      Aku bukan seperti yang engkau impikan...

      Tapi...
      Aku hanya insan biasa,
      Kadang2 ingat, kadang2 alpa..
      Kadang2 rebah tidak berdaya,
      Kadang2 jatuh terus terluka...

      Hanya teguran tulus ikhlas diperlukan,
      Hanya nasihat dinantikan....


      that's all...wassalamualaikum...

      ^___^

      byebye 2011...coming 2012....new LIFE...

      assalamualaikum....

      semalam tido awal...xsmbut new year pun...bile da kejut kul 5 am td., rase cam xpercaye cz dah masuk taun baru upenye....emmm....umur pun da tambah 1...hee~ azam baru taun ni....arap2 menjadi kenyataan....aminn...la ni pun...rase bersyukur sgt2 pe yg ade skrg...

      excited bangun pg ade sobab upenye...!!!nk tau x sbb pe?????arini pirst day kejaaa....alhamdulillah..semuanya ok...harap2 hari mendatang lg ok pd ari ni...ofkosla...

      firstly..thanks GOD...my mum&dad cz bg me keja part time....boleh smpan duet ckt2..lama2 jd bukit tak gitu!!!...hee..mish u all..
      mama&abah...thanks..cz byk tolong me...
      tak lupe my beloved...my love...my..my,,thanks alot...love ketat2...cyg kamoo^^..cz susah payah tolong cari keja bt me....love u ALL!!!!!!!....

      ok..udah2 la..xmau nulis byk2..tirED+++....jom SLEEp...nuNITE...

      thats all....wassalamualaikum....lot's of LOVE.....^___^